Blog Dunia Perniagaan

Icon

Bisnes Bukan Untuk Kayakan Diri Sahaja

Pengurusan Strategik – Asas

Sebelum kita berbincang mengenai pengurusan atau pemikiran strategik, saya ingin ingatkan diri saya bahawa asas segalanya adalah bagaimana kita menggunakan akal kita dengan sebaiknya. Akal adalah anugerah Allah SWT. Akal membuatkan kita berbeza dengan manusia. Dalam ilmu mantiq, manusia ialah haiwan yang berkata-kata.

Mari kita lihat dalam Al-Qur’an. Berpuluh-puluh ayat yang diturunkan mengenai akal, fikir dan tadabbur. Antaranya ialah ayat 10 Surah At-Talaaq (Ulul Albab), ayat 37 Surah Qaaf (Zikra) dan ayat 39 Surah Az-Zumar (Ulil Albab). Bahkan, praktikaliti sunnah baginda Rasulullah SAW juga menampakkan bagaimana Rasulullah SAW menggunakan akal yang dibimbing wahyu untuk menyampaikan kalimah Allah SWT. 

Saya tidak pasti, apakah buku yang terbaik bagi meningkatkan daya kekuatan berfikir kita. Ketika saya di UIAM, ada sebuah buku yang ditulis oleh Jamal Badi yang bertajuk Creative Thinking – An Islamic Perspective. Cubalah dapatkannya. Sungguh bermanfaat. Banyak lagi teori lain yang dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang mahir dalam bidang teknik berfikir. Antara yang popular ialah 6 Thinking Hats. Read the rest of this entry »

Filed under: Pengurusan Strategik, ,

Lihat, Rakyat Malaysia Sensitif Terhadap Harga Barang!

Saya membaca satu berita di The Malaysian Insider yang bertajuk, “Shoppers Here Most Price Sensitive, Survey Show“. Apa kata kita baca dulu artikel tersebut?  

Sudah baca?

Ok, apa yang saudara dan saudari faham daripada kajian tinjauan awam (survey) yang dilakukan oleh Nielsen itu?

Baik, saya akan quote beberapa maklumat penting daripada berita tersebut; Read the rest of this entry »

Filed under: Berita dan Analisis, , ,

Pernahkah Mendengar Kisah Ini?

Kisah Pertama

Tatkala Rasulullah SAW berterus terang kepada penduduk Makkah mengenai dakwahnya di Bukit Safa, datang satu rombongan musyrikin bertemu dengan bapa saudara Nabi Muhammad SAW dalam keadaan marah untuk berunding.

Mereka meminta supaya Abu Talib mencegah Nabi Muhammad SAW berhenti menyebarkan ajarannya kepada penduduk Makkah. Sekiranya perkara itu berterusan, puak musyrikin Quraisy tidak akan teragak-agak berlawan dengan Nabi sehinggalah salah seorang daripadanya dikalahkan.

Bimbang keadaan itu, Abu Talib mengadu kepada Rasulullah SAW.

Baginda berkata,

Wahai bapa saudaraku, demi Allah, jika sekiranya mereka meletakkan matahari di kananku, dan bulan di kiriku agar aku meninggalkan urusan agama ini, samada ia dimenangkan oleh Allah atau aku dibunuh dalam menegakkannya. Nescaya aku tidak akan meninggalkannyaRead the rest of this entry »

Filed under: Pengurusan Organisasi Bisnes,

Selamat Datang, Ahlan & Welcome

Saya dedikasikan blog ini atas nama Dunia Perniagaan sebagai simbolik kepada usaha saya menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan pada hari ini dan masa akan datang.

Diharapkan, blog ini menjadi medium interaktif untuk berdiskusi mengenai perniagaan, pengalaman, produk, pengurusan, strategi dan sebagainya.

Semoga ia memberi manfaat kepada diri saya dan rakan-rakan niaga khususnya serta teman-teman yang lain.

Perniagaan adalah untuk sesiapa sahaja. Selagimana mempunyai minat, ketekunan dan misi perniagaan yang jelas. Modal bukan nombor wahid!  Terbukti, ada orang boleh berniaga tanpa menggunakan duitnya sendiri.

Alangkah luasnya rezeki dan pemberian Allah. Apa yang penting, permintaan manusia itu terbatas. Menarik bukan? Ia seolah-olah bercanggah dengan konsep scarcity yang kita pelajari selama ini.  

Filed under: Santai

Biz Motivation

Wahai Orang-Orang Yang Beriman, Belanjakanlah Sebahagian Dari Rezeki Yang Telah KAMI Berikan Kepadamu Sebelum Datang Hari Yang Pada Hari Itu Tidak Ada Lagi Jual Beli Dan Syafa'at (Al-Baqarah : 254)